Cekak & Chekak

Assalamualaikum & salam sejahtera










1. kepimpinan Cekak: pertembungan tradisi & realiti moden

dalam sejarah & tradisi silat Cekak, dakwaan bahawa seorang Guru Utama wajib kelahiran Kedah adalah tafsiran yang lazim dikaitkan dengan wasiat asal (amanah) persilatan ini
namun dalam realiti pergerakan moden, kelayakan untuk posisi 'GU' tidak lagi terhad secara mutlak kepada geografi kelahiran

pada tahun awal 2000, beberapa individu pernah menggunakan blog-blog (ketika internet masih baru diperkenalkan & media sosial masih belum wujud) membangkitkan isu (geografi kelahiran Guru Utama silat Cekak WAJIB seorang yang kelahirannya Kedah)
blog-blog tersebut secara kritikal mempersoalkan legitimasi waris kepimpinan terutamanya selepas berlaku perpecahan persatuan silat Cekak (1986)

juga sekali lagi berlaku isu yang serupa ketika meninggalnya almarhum Ishak Itam (Pak Ak) pada tahun 2012
blog yang paling agresif ketika itu adalah Cekak Pendusta mempersoalkan legitimasi Saithu Maideen sebagai 'GU' PSSCM
> rujuk bahagian 2.2 - Cekak Pendusta

daripada peristiwa sejarah inilah munculnya fahaman TEGAR dalam kalangan sesetengah ahli & bekas ahli bahawa silat Cekak WAJIB dipimpin oleh orang Kedah (individu yang lahirnya di Kedah)


perpecahan dalam silat Cekak bukanlah disebabkan oleh perbezaan teknik (tumbukan atau sepakan) tetapi sepenuhnya kerana krisis kepimpinan iaitu perebutan kuasa (politik dalaman) & tafsiran mandat



1.1 - realiti perundangan (ROS) vs wasiat peribadi

timbul perbalahan bahawa ketiadaan wasiat bertulis daripada pengasas menjadi punca kekalutan, namun dari sudut perundangan pertubuhan yang sebenar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)
- wasiat TIDAK mengikat pertubuhan
: sama ada wujud wasiat lisan bertulis atau tidak, dokumen peribadi sedemikian TIDAK mempunyai sebarang kuasa perundangan untuk mengikat Majlis Tertinggi atau Perlembagaan PSSCM
- perlembagaan MENGATASI segalanya
: mengikut Akta Pertubuhan, pelantikan jawatan tertinggi MESTI melalui mekanisme yang sah di bawah Perlembagaan Pertubuhan seperti undian Mesyuarat Agung (AGM) atau perwakilan Majlis Tertinggi (MT) - bukannya sistem pewarisan mutlak atau penamaan peribadi seperti takhta diraja; sekiranya pengasas meninggalkan wasiat sekalipun, Perlembagaan Persatuan tetap MENGATASI kehendak peribadi si mati.

apabila ahli-ahli yang membangkang mula menghantar aduan rasmi ke pejabat ROS akibat ketidakadilan dalam pentadbiran PSSCM, ia mencetuskan panik kepada kepimpinan Majlis Tertinggi (MT) kerana kelangsungan pendaftaran persatuan terancam akibat pertikaian dalaman (internal dispute)
bagi menyekat pihak lawan daripada mempunyai kedudukan undang-undang (locus standi) untuk terus mencabar keputusan MT, kepimpinan tertinggi tersebut bertindak melakukan pemecatan secara pukal (purge)
ironinya; pemecatan tanpa surat tunjuk sebab & tanpa ruang untuk para ahli membela diri ini melanggar Perlembagaan Persatuan itu sendiri, ini membuka ruang kepada ROS untuk menyiasat PSSCM atas sebab salah laku tadbir urus (penyalahgunaan kuasa)



1.2 - (1986) bermulanya kitaran perpecahan; 'original sin' & 'domino effect'

selepas pemergian pengasas almarhum Ustaz Hanafi bin Ahmad pada tahun 1986, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) berdepan dengan krisis peralihan kuasa pertama yang paling kritikal dalam sejarah penubuhannya; ini sekaligus bertindak sebagai 'dosa asal' (original sin) yang mencetuskan kesan domino (domino effect) kepada persatuan-persatuan yang lahir pada dekad-dekad seterusnya

berlaku pertembungan langsung & perebutan legitimasi yang sengit di antara dua kem utama bagi merebut jawatan tertinggi pimpinan
- kem Ishak Itam (yang kemudiannya berjaya menguasai struktur pentadbiran PSSCM & meneruskan kepimpinannya)
: sokongan ini menyokong kesinambungan pentadbiran berasaskan hierarki Majlis Tertinggi (MT) sedia ada menolak konsep pewarisan takhta mutlak, serta menegaskan bahawa kelangsungan persatuan moden memerlukan individu yang cukup ilmu & pengalamannya untuk mengetuai persatuan
- kem Md Radzi (berserta beberapa veteran Majlis Tertinggi yang turut mencabar legitimasi peralihan kuasa tersebut)
: sokongan ini menyokong kepimpinan berwaris darah pengasas atas dasar amanah salasilah keluarga, mereka menganggap pelantikan almarhum Ishak Itam pada awalnya sekadar bersifat sementara (pemangku) sebelum diserah kepada waris yang 'sah'

perbalahan sokongan ini sama sekali tidak menyentuh aspek teknikal atau silibus fizikal pergerakan buah silat (para ahli menerima buah silat dari sumber silibus yang seragam) sebaliknya ia merupakan perebutan kuasa mengenai siapa yang benar-benar memegang 'mandat sebenar' daripada Ustaz Hanafi sama ada melalui tafsiran wasiat lisan/kedudukan hierarki dalam Majlis Tertinggi (MT) atau 'isyarat peribadi tersirat'

kegagalan pihak kepimpinan ketika itu untuk merundingkan kemelut secara matang/inklusif & berlandaskan mekanisme perlembagaan yang telus (undian) telah menjadi sumber kemelut didalam PSSCM ketika itu:
- tercetusnya pemecatan secara pukal (purge) yang pertama terhadap ahli-ahli serta pemimpin cawangan yang membangkang atau mempertikaikan pelantikan pucuk pimpinan 'GU' ketika itu
- kelahiran faksi (kumpulan) pecahan rasmi yang pertama apabila kem Md Radzi bertindak keluar & menubuhkan persatuan tandingan baharu (Silat Cekak Ustaz Hanafi)
- pembentukan satu laziman atau ikutan (precedent) tadbir urus yang toksik di mana konflik dalaman tidak diselesaikan melalui meja rundingan (undian) atau perundangan sivil sebaliknya diselesaikan melalui penyingkiran & pemecatan para ahli yang tidak bersetuju secara pukal

peristiwa tersebut merupakan 'dosa asal' (original sin) yang meracuni ekosistem pentadbiran silat Cekak dari akarnya di mana ketaksuban mendalam para ahli terhadap karisma individu tertentu telah melumpuhkan mekanisme rasional persatuan
setiap kali tercetus perbalahan sokongan atau perbezaan pendapat di dalam persatuan, pihak pimpinan CENDERUNG untuk mengambil jalan pintas dengan melakukan pemecatan secara pukal (purge) berbanding menyelesaikan kemelut perbalahan tersebut secara profesional/telus yang berlandaskan perlembagaan sivil di bawah Akta Pertubuhan (ROS) menerusi mekanisme pengundian yang adil & saksama



1.3 - ilusi hak warisan kepimpinan: manipulasi sejarah Pak Hussin (Kuala Lumpur circa 1969) & realiti perundangan sivil (ROS)

bagi mengisi kelonggaran naratif tentang ketiadaan wasiat itu, platform siber seperti blog Cekak Pendusta pernah menerbitkan siri biografi awal mendakwa bahawa pengasasan silat Cekak di Kuala Lumpur pasca peristiwa 13 Mei 1969 berlaku atas cadangan & sokongan Pak Hussin (bapa kepada pengasas PSCSPSM) NAMUN naratif sejarah ini sengaja diangkat oleh blog Cekak Pendusta untuk membina 'sanad moral' 'validasi' & entitlement (hak pemilikan) seolah-olah sumbangan logistik Pak Hussin pada era 1960an memberi hak keutamaan atau warisan kepimpinan kepada anaknya (pengasas PSCSPSM) untuk menuntut kepimpinan PSSCM (circa 2009) mahupun penubuhan PSCSPSM pada 2012
> rujuk bahagian 2.2 - Cekak Pendusta

dari sudut perundangan pertubuhan yang sebenar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)
- wasiat & 'saham sejarah' TIDAK mengikat persatuan
: sama ada wujud wasiat lisan/dokumen peribadi mahupun 'saham sejarah' pengasasan awal oleh veteran seperti Pak Hussin, isu-isu sejarah peribadi sedemikian TIDAK mempunyai sebarang kuasa perundangan untuk mengikat Majlis Tertinggi atau Perlembagaan PSSCM
- Perlembagaan MENGATASI segalanya
: mengikut Akta Pertubuhan 1966 (ROS), pelantikan jawatan tertinggi MESTI melalui mekanisme yang sah di bawah Perlembagaan Pertubuhan seperti undian Mesyuarat Agung (AGM) atau perwakilan Majlis Tertinggi (MT) bukannya berdasarkan sistem pewarisan mutlak/salasilah keluarga atau penamaan peribadi seperti takhta diraja
sekiranya pengasas atau tokoh veteran meninggalkan wasiat atau jasa kepada pembentukan awal persatuan sekalipun, perlembagaan persatuan TETAP MENGATASI kehendak peribadi tersebut



1.4 - pertembungan doktrin (fahaman): tradisi mistik vs pentadbiran korporat moden

sebagai seorang pendidik yang berlatarbelakangkan agama, Ustaz Hanafi mengadunkan falsafah ketuhanan tetapi menggunakan sistem hierarki yang meletakkan ketaatan mutlak kepada 'Guru Utama' sebagai teras tarbiah persilatan itu
beliau membina sebuah persatuan moden yang berdaftar di bawah undang-undang sivil (ROS) TETAPI pada masa yang sama mengekalkan doktrin ketaatan berbentuk tradisi lama

disinilah terletaknya KESILAPAN TERBESAR Ustaz Hanafi, cuba menguruskan sebuah persatuan abad ke20 tetapi menggunakan doktrin atau fahaman-fahaman mistik abad sebelum
Ustaz Hanafi GAGAL melihat bahawa anak muridnya pada tahun 1980an bukan lagi golongan orang kampung tetapi golongan mahasiswa/mahasiswi universiti & para pegawai yang berfikir secara rasional melihat persatuan secara perundangan
apabila berlaku perbalahan jawatan, golongan profesional tersebut menuntut ketelusan pentadbiran mengikut (hitam/putih) perlembagaan manakala kelompok yang tegar dengan doktrin kuno mengharapkan penyerahan kuasa berdasarkan 'isyarat mutlak' atau salasilah keluarga

pertembungan dua doktrin inilah yang memecahbelahkan Cekak.


setiap kali perpecahan berlaku, naratif moral sering digunakan melabel kumpulan lain sebagai 'pendusta' 'derhaka' atau "silat yang tidak berkat"
ini merupakan satu bentuk mentaliti kepimpinan tertutup (cult-like mentality) yang telah berjaya meresap ke dalam minda pengikut tegar


kegagalan membina pelan kontigensi perlembagaan yang JELAS untuk peralihan kuasa bukan sahaja membelenggu PSSCM, malah menjadi 'penyakit kronik' yang berulang dalam persatuan-persatuan silat lain yang lahir selepas era tersebut; akibat dari keengganan pemimpin untuk meletakkan perundangan mengatasi individu.





2. perang saraf Cekak: dari blog propagandis kepada kitaran berulang (cyclical pattern)

bermula dari era perpecahan fizikal hinggalah ke era digital (internet) awal milenium membuktikan bagaimana perebutan kuasa dalaman bertukar menjadi konflik penjenamaan/propaganda siber & pengukuhan mentaliti taksub terhadap figura tunggal tertentu



2.1 - kemenangan politik dalaman (internal coup) & 'perang' siber

apa yang kelihatan di permukaan sebagai 'transisi perlembagaan' sebenarnya adalah sebuah kemenangan politik dalaman (internal coup)
kumpulan yang menyokong Saithu Maideen berjaya menguasai majoriti ahli/mengawal aset & penjenamaan rasmi PSSCM
manakala kumpulan yang menentang Saithu Maideen telah dipinggirkan - dipecat & disenaraihitamkan dari PSSCM, hanya mampu 'menyerang' melalui platform tidak rasmi (blog & social media)



2.2 - anatomi propaganda: peranan blog 'Cekak Pendusta' (circa 2009)

blog seperti Cekak Pendusta & beberapa blogger lain yang menggunakan nama pena (anonymous) seperti 'rijalul ghaib' 'sapa habaq' 'sepak minang' 'pak kaduk' 'tok garang' & 'aku mati hidup kembali' menjadi 'senjata' utama fraksi penentang tersebut untuk meruntuhkan administrasi Saithu Maideen, naratif-naratif yang digerakkan melalui siri tulisan mereka merangkumi:


a. manipulasi peralihan jawatan Ishak Itam (Pak Ak)
: fraksi penentang mendakwa Pak Ak tidak menyerahkan jawatan Guru Utama secara sukarela; mereka menuduh bahawa video & upacara penyerahan pakaian adat (tengkolok & parang lading) hanyalah satu sandiwara atau lakonan, pihak Saithu Maideen mengambil kesempatan diatas keuzuran Pak Ak ketika itu untuk memberi legitimasi kepada apa yang mereka anggap sebagai rampasan kuasa dalaman (internal coup)


b. salasilah (geografi kelahiran) & latar belakang Saithu Maideen
: blog Cekak Pendusta secara konsisten menggunakan nama "Saithu Maideen a/l Katharisa" untuk 'menyerang' latar belakang etnik beliau, majoriti penulis didalam blog Cekak Pendusta berhujah bahawa PSSCM secara sejarah & strukturnya terikat kepada silat tradisi melayu asli yang berasal daripada Kedah
penulis-penulis ini menggunakan sentimen keturunan India muslim (mamak) & disebabkan geografi kelahiran itu beliau TIDAK layak dari segi budaya & tradisi untuk mewarisi jawatan Guru Utama sebuah seni mempertahankan diri warisan melayu


c. pendedahan pemecatan pukal (purge)
: pihak pentadbiran PSSCM mempertahankan tindakan displin tersebut sebagai "penyusunan semula persatuan" NAMUN blog Cekak Pendusta menjadi platform bersuara kepada ketua-ketua cawangan & ahli-ahli lama yang dipecat atau disenaraihitamkan kerana mempertikaikan pelantikan tersebut


d. kritikan terhadap pengurusan korporat & doktrin taksub kepada 'Guru Utama'
: pentadbiran baharu dibawah administrasi Saithu Maideen juga dituduh mengubah institusi seni mempertahankan diri tradisional ini kepada entiti korporat yang terlalu komersial (business)
sistem bai'ah (sumpah setia) yang ketat juga dikritik sebagai alat kawalan mutlak yang meminggirkan keaslian rohani pengasas asal
ironiknya pada dakwaan-dakwaan ini adalah sikap kebanyakan ahli yang mengikut figura tunggal 'GU' secara membuta tuli & fahaman-fahaman menyerupai struktur cult ini telah wujud ketika zaman Ustaz Hanafi lagi cuma ia lebih diterima ketika itu, besar kemungkinan kerana terhadnya teknologi & mentaliti kuno masyarakat lama


rangkaian blog seperti Cekak Pendusta & beberapa blogger yang sewaktu dengannya ini menyebarkan pelbagai naratif direka untuk memanipulasi emosi ahli
apabila dinilai secara objektif berdasarkan undang-undang sivil (Akta Pertubuhan 1966 di bawah ROS) dokumentasi rasmi serta logik tadbir urus - maklumat yang disebarkan oleh platform-platform ini mengandungi pelbagai ketidaksahihan/manipulasi fakta & penyimpangan naratif (misleading)

penulis-penulis blog yang menggunakan identiti anonymous ini mendakwa kononnya mereka ialah "hamba Allah yang ikhlas" mempertahankan kesucian silat Cekak tanpa mengharapkan jawatan; satu perkara yang disembunyikan daripada pembaca-pembaca blog Cekak Pendusta ketika itu ialah sebahagian daripada siri tulisan & arahan kandungan blog berkenaan didalangi atau disokong oleh individu yang bercita-cita mahu menjadi 'Guru Utama' (pengasas PSCSPSM) - mereka (puak serpihan - 86) itu menyebarkan dakwaan kononnya "tidak mahu jawatan" tetapi beberapa tahun kemudian (2012) menubuhkan PSCSPSM & pengasas PSCSPSM juga mengangkat diri sendiri sebagai 'Guru Utama' TANPA menggunakan sistem pengundian yang telus

tindakan para penulis blog Cekak Pendusta yang bersembunyi di sebalik tabir identiti (anonymous) mendedahkan satu jurang integriti yang ketara dalam wacana mereka - JIKA naratif yang dibawa benar-benar diasaskan atas landasan kebenaran yang mutlak & ketelusan, perbuatan menyembunyikan diri JELAS bercanggah dengan prinsip akauntabiliti moral
biarpun sebahagian kecil hujah yang diketengahkan mungkin berpaut pada kerangka fakta asas, ia telah dicemari oleh tokok tambah yang berlebihan/manipulasi emosi & retorik (bias) berat sebelah; penggunaan nama samaran ini bukan sahaja melenyapkan kredibiliti mereka sebagai sumber rujukan yang wajar dipercayai (reliable source) malah mengubah platform kritikan tersebut menjadi sekadar alat perang saraf siber yang berselindung tanpa perlu bertanggungjawab terhadap implikasi perundangan mahupun sosial

tekanan psikologi & maklumat yang disebarkan melalui blog-blog ini (walaupun tidak pasti kesahihannya) begitu meluas sehingga memaksa Jabatan Penerangan PSSCM ketika itu untuk mengeluarkan kenyataan rasmi: melabelkan penulis-penulis blog terbabit sebagai "puak bermasalah" atau saki-baki serpihan 1986 yang berniat merosakkan perpaduan ahli



2.3 - kitaran berulang (cyclical pattern) sejarah persilatan

ironi besar dalam sejarah persatuan silat Cekak ialah kitaran konflik ini sentiasa berulang apabila berlaku kematian atau pertukaran 'GU'
- 1986: selepas pemergian pengasas Ustaz Hanafi, berlaku pertembungan antara kem Ishak Itam & kem Md Radzi, diakhiri dengan pemecatan pukal & penubuhan persatuan baharu (Silat Cekak Ustaz Hanafi)
- 2009-2012: selepas era Ishak Itam & peralihan administrasi kepada Saithu Maideen, perang saraf digital digerakkan secara agresif oleh bekas-bekas ahli PSSCM yang tersingkir menggunakan blog-blog propaganda
- 2022: pola yang hampir sama turut berulang dalam konflik kepimpinan persatuan pecahan lain (seperti Chekak Papan Sekeping) selepas pemergian 'GU' mereka (2022) di mana isu wasiat lisan/tuntutan salasilah/ancaman pembekuan ROS & tindakan pemecatan ahli secara pukal kembali membelenggu persatuan



2.4 - akar umbi (root cause) masalah: ketaatan buta kepada figura tunggal 'GU'

di sebalik pertelagahan undang-undang, isu utama yang mengekalkan perpecahan ini ialah mentaliti taksub kepada figura tunggal.
budaya meletakkan 'Guru Utama' sebagai entiti yang hampir suci dari sebarang kesilapan ini telah tertanam sejak era awal pengasas lagi, walaupun masyarakat pada era Ustaz Hanafi lebih bersikap 'lurus bendul' & menerima doktrin tersebut tanpa banyak soal akibat keterbatasan maklumat - pendekatan yang sama akan gagal apabila berdepan dengan generasi moden yang menuntut akauntabiliti/ketelusan perlembagaan & bukti jelas (hitam-putih)


ringkasnya, landskap silat Cekak hari ini terbahagi kepada tembok-tembok faksi (kumpulan-kumpulan) yang terlalu 'renggang' walaupun secara fizikalnya buah silat atau teknik bergelutnya hampir serupa; faktor ketaatan yang membuta tuli kepada figura tunggal & susun lapis 'Guru Utama' itulah yang memisahkan mereka sehingga ke hari ini





3. kitaran 'topeng' demokrasi/realitinya kultus (cult)

rentetan krisis yang melanda persatuan silat Cekak sama ada PSSCM mahupun persatuan serpihannya seperti PSCSPSM membuktikan bahawa konflik persilatan moden tidak lagi berkisar tentang kelemahan kepada teknik seni pertahanan diri tersebut, sebaliknya berakar daripada kepincangan tadbir urus & krisis identiti kepimpinan
apabila sesebuah persatuan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 tetapi diuruskan mengikut doktrin pemikiran feudal abad terdahulu; pertembungan antara undang-undang sivil/psikologi kepimpinan & struktur sosiologi persatuan menjadi suatu perkara yang tidak dapat dielakkan
bahagian (3) ini menganalisis tiga dimensi utama yang menjadi pemacu kepada (cycle) kitaran perpecahan berulang ini



3.1 - undang undang/tadbir urus & akta pertubuhan (ROS)

apabila pengasas PSCSPSM meninggal tanpa dokumen peralihan yang sah, ini secara automatik menghasilkan kelompok-kelompok baharu dalam keadaan tergantung; mengulangi kitaran perebutan kuasa yang sama seperti PSSCM pada tahun 1986
sama seperti kegagalan Ustaz Hanafi yang tidak meninggalkan wasiat nyata & sah pada tahun 1986, tindakan 'GU' PSCSPSM yang meninggal pada tahun 2022 juga tidak meninggalkan wasiat hitam/putih MEMBUKTIKAN satu perkara: pemimpin mutlak sering ENGGAN belajar daripada kesilapan sejarah

apabila sesebuah persatuan silat berpecah ahli-ahlinya akibat ketiadaan wasiat bertulis yang jelas, undang-undang sivil Malaysia menerusi Akta Pertubuhan 1966 TIDAK melihat kepada 'keberkatan' 'sanad' atau "siapa lahir di Kedah" - ROS hanya melihat kepada Perlembagaan Persatuan
kebanyakan kumpulan serpihan (termasuk PSCSPSM) menggubal Perlembagaan Persatuan baharu mereka dengan meniru struktur yang mirip persatuan induk asal iaitu PSSCM; ironinya, PSCSPSM mengekalkan struktur KUNO tersebut iaitu kuasa mutlak kepada jawatan 'Guru Utama' atau 'Presiden' TANPA klausa penggantian/pelan sandaran (contingency/backup plan) bertulis yang KALIS konflik - ketiadaan klausa penggantian bertulis yang jelas ini telah membuka ruang kepada segelintir ahli untuk membuat tafsiran sesuka hati yang seterusnya mendorong kepada perebutan jawatan 'Guru Utama'/Presiden

dalam konteks pengurusan & undang-undang persatuan, fungsi klausa merangkumi aspek
: pelan kontingensi (contingency) iaitu strategi bertulis yang dirangka LEBIH AWAL untuk menghadapi situasi kecemasan yang tidak dapat dijangka (seperti kematian mengejut pemimpin tertinggi/peletakan jawatan atau hilang kelayakan)
: pelan sandaran (backup plan/fail-safe) iaitu memastikan persatuan tidak bergantung 100% kepada individu tertentu sahaja; jika individu utama terhenti perkhidmatannya (atas apa sebab sekalipun) struktur persatuan akan mempunyai 'alat penyelamat' (fallback mechanism) untuk terus bergerak tanpa runtuhnya persatuan tersebut

akibatnya, apabila pengasas PSCSPSM meninggal dunia tanpa klausa penggantian atau wasiat bertulis yang nyata & jelas pada 2022; pelantikan 'Guru Utama' baharu berulang menjadi pertikaian sesama ahli, sesiapa sahaja ahli dalam persatuan (berjawatan atau tidak) boleh mendakwa kononnya mereka mendapat 'amanah lisan' yang seterusnya akan disokong dengan justifikasi seperti geografi kelahiran (Kedah) atau mandat keluarga (salasilah) etc

jika ada ahli-ahli biasa yang membangkang dengan menghantar 'surat aduan' atau 'bantahan rasmi' ke pejabat ROS, ROS mempunyai kuasa budi bicara untuk membekukan (freeze) status kemaskini persatuan atas sebab wujudnya pertikaian dalaman (internal dispute)
untuk menyekat ahli-ahli daripada mempunyai kedudukan sah (locus standi) untuk membuat aduan atau usul balas (counter) tersebut - para MT/AJK membuat keputusan untuk melakukan 'pembersihan' pukal (purge)
ini mengulangi sejarah perbalahan sokongan di antara kem Ishak Itam & kem Md Radzi didalam PSSCM dahulu; ironik.
> rujuk bahagian 1.2

pemecatan pukal tanpa 'surat tunjuk sebab' & TIDAK MEMBERI RUANG untuk membela diri adalah pelanggaran serius terhadap Perlembagaan Persatuan yang memberi asas kepada ROS untuk menyiasat persatuan atas kesalahan salah laku pentadbiran (penyalahgunaan kuasa)
tindakan memecat ahli secara agresif ini sebenarnya memberi isyarat jelas kepada ROS tentang kewujudan krisis dalaman yang PARAH; jika aduan ahli yang dipecat itu berasas & berbukti, ROS akan mengeluarkan 'notis seksyen 16(1)' iaitu arahan untuk menyelesaikan perbalahan (dispute) di antara 2 atau lebih (fraksi) kumpulan yang tidak bersetuju dengan lantikan jawatan tertentu (cadangan ROS selalunya melalui undian) NAMUN kerana sistem undian tersebut TIDAK PERNAH diamalkan didalam PSCSPSM, ini mengakibatkan para ahli menjadi buntu (deadlock)
kegagalan menyelesaikan perkara ini dalam masa 1bulan berpotensi mengakibatkan pembatalan persatuan secara menyeluruh (total) - ketakutan terhadap pembatalan itulah menjadi MOTIVASI UTAMA terhadap tindakan DRASTIK para MT/AJK (memecat & menyenaraihitamkan) mana-mana ahli yang tidak bersetuju dengan lantikan 'GU' baharu tersebut

(what if) walaupun 'GU' sebelum ada menulis wasiat rasmi melantik pengganti, wasiat itu tetap tidak sah JIKA Perlembagaan Persatuan menetapkan pelantikan mesti melalui undian Majlis Tertinggi (MT) atau AGM; perlembagaan sentiasa mengatasi (override) kehendak peribadi si mati
ini membuktikan betapa pentingnya sistem undian yang telus didalam sesebuah persatuan.

akhirnya, kerana ketiadaan dana untuk melawan secara sivil (undang-undang) & kurangnya pengetahuan tentang perundangan - segelintir ahli-ahli yang dipecat & disenaraihitamkan oleh PSCSPSM tersebut 'keluar' & menubuhkan persatuan lain, ini saya gelar sebagai "serpihan kecil kepada serpihan lebih kecil"

sistem pengundian yang telus bukan sekadar alat demokrasi barat tetapi instrumen keselamatan (fail safe/fallback) undang-undang yang mampu menyelamatkan sesebuah persatuan daripada 'terkubur' akibat ego individu tertentu

perkara ini juga MENDEDAHKAN satu KEPURA-PURAAN birokrasi (on paper vs on practise) yang sangat BESAR diantara apa yang tertulis di atas kertas untuk kelulusan ROS (on paper) dengan apa yang diamalkan secara realiti (on practise)
di bawah Akta Pertubuhan 1966, ROS tidak akan meluluskan pendaftaran mana-mana persatuan jika perlembagaannya menafikan sistem pengundian; bagi memenuhi syarat kelulusan ROS, perlembagaan bertulis PSCSPSM WAJIB menyatakan proses pemilihan AJK adalah secara demokrasi (pengundian)
walaupun di atas kertas (ROS) ada sistem undi tetapi secara amalnya perkara itu tidak wujud atau lebih tepat tidak dilakukan langsung
pelantikan Jawatankuasa Induk dilakukan secara pelantikan terus oleh 'GU' atau persetujuan dikalangan MT/AJK sahaja, ahli-ahli biasa dipaksa menerima senarai AJK tersebut atas doktrin 'ketaatan kepada persatuan' (wala) tanpa hak untuk mengundi atau membantah


mati itu pasti & sebagai pemimpin yang berTANGGUNGJAWAB terhadap ahli-ahli & persatuan yang dipimpin, adalah menjadi KEWAJIPAN pemimpin sedia ada untuk menyedia pelan peralihan kuasa (hitam/putih) yang sah (legal) di sisi undang-undang
kegagalan untuk bersedia meninggalkan wasiat hitam/putih yang sah menyebabkan legasi silat Cekak/Chekak hari ini dicemari dengan sejarah perpecahan & perang saraf di blog-blog/media sosial yang membuatkan persatuan-persatuan ini kelihatan hanyalah seperti cults yang haru-maru & kacau-berbilau
menjadikan "tidak sempat" atau "ajal sampai awal" adalah alasan atau hujah yang terlalu lemah & tiada asasnya langsung kerana mati adalah kejadian yang pasti kepada setiap manusia, 'regardless' agama/bangsa/umur & apa sahaja faktor (variables) lain

sebagai seorang yang berlatarbelakangkan pendidikan agama & sering mengaitkan Cekak/Chekak dengan perjuangan Islam, pengasas PSCSPSM sepatutnya lebih memahami betapa PENTINGnya wasiat, ironik untuk seorang yang mengambil 'pride' dalam cerita-cerita agama tapi TIDAK meninggalkan wasiat untuk keluarga & persatuan yang dipimpin ketika beliau masih hidup & sihat



3.2 - psikologi persatuan & struktur cult

dalam psikologi organisasi/pertubuhan/persatuan & kajian struktur cult, pemimpin-pemimpin serpihan selalunya mempunyai ciri superioriti kompleks

mereka yang hidup dengan psikologi kompleks ini akan bermati-matian percaya bahawa:
: hanya pandangan mereka sahaja yang betul, sesiapa yang tidak bersetuju dengan mereka akan dianggap sebagai 'pengkhianat' atau 'pendusta'
: mereka layak mendapat pengiktirafan tertinggi & apabila institusi utama (seperti PSSCM) tidak memberikan tempat (posisi) & 'tunduk' kepada kehendak mereka, individu tersebut akan membina 'empayar kecil' sendiri untuk memuaskan ego tersebut
perbuatan-perbuatan ini adalah BUKTI kepada masalah psikologi (superiority complex) tadi

apabila sebuah persatuan seni mempertahankan diri menggunakan struktur berpusat pada satu figura tunggal yang tidak boleh dicabar, ini amat mudah kelihatan seperti sebuah cult (kumpulan taksub)
ditambah lagi dengan pergolakan politik dalaman & olahan hujah agama mengikut naratif sendiri demi meraih sokongan ahli; persepsi cult itu menjadi semakin kuat

kenapa saya mengatakan persatuan-persatuan ini sebagai cult:
a. doktrin (mentaliti) 'tidak boleh derhaka'
: salah satu pantang larang utama Silat Cekak/Chekak ialah tidak boleh menderhaka kepada 'GU'
secara praktikal, kritikan atau apa sahaja fahaman yang sedikit lain terhadap keputusan 'GU' sering kali dianggap sebagai satu bentuk 'penderhakaan' atau 'pecah amanah'
ini menyekat kebebasan ahli-ahli untuk bersuara
b. ketaatan tanpa soal (taksub)
: kerana 'GU' dianggap sebagai memegang 'amanah mutlak', para ahli dididik untuk patuh sepenuhnya; garis sempadan antara 'menghormati' & 'taksub membuta tuli' menjadi sangat kabur
c. eksklusiviti kumpulan
: silat Cekak/Chekak mempunyai identiti yang kuat, malah dari segi sejarah & cara pergaulan ahlinya dipantau oleh pengurusan dalaman namun ini juga menyebabkan keadaan di mana ada 'tembok pemisah' antara komuniti Cekak/Chekak dengan persilatan lain & juga dunia luar, ini adalah salah satu petanda UTAMA struktur cult
d. impak struktur, asas (tapak) kepada pembentukan persatuan itu sendiri
: penekanan yang keterlaluan terhadap keistimewaan kumpulan (exclusivity & superiority) cenderung membuatkan ahli-ahlinya memandang rendah atau skeptikal terhadap dunia luar (termasuk silat melayu lain)
ini mengukuhkan lagi sempadan kelompok & menguatkan isolasi pemikiran (mindset/mentality) bahawa kononnya silat ini adalah seni mempertahankan diri yang paling handal di nusantara
fahaman-fahaman ini menguatkan struktur cult tadi

walaupun dari sudut kandungan silat itu sendiri 'bersih' daripada amalan syirik secara terus (direct) - seperti memuja jin atau menggunakan tangkal etc
namun mekanisme kawalan psikologi & sosial yang digunakan untuk menguruskan ahli-ahli memang mempunyai titik PERSAMAAN dengan model struktur cult secara moden.

secara rasmi (on paper) persatuan-persatuan ini mempertahankan (justifikasi) tindakan-tindakan tersebut atas dasar menjaga disiplin/keselamatan & memelihara syariat Islam
walaubagaimanapun, secara praktikal (on practise) apabila pemantauan itu melangkaui waktu latihan & merangkumi seluruh kehidupan seperti menyekat kebebasan bersuara para ahli; struktur 'pengawasan' tadi dengan mudah bertukar fungsi daripada 'menjaga disiplin' kepada alat kawalan (brainwash)

sistem pelantikan mutlak (tanpa undian majoriti) direka untuk mengekalkan keaslian ilmu NAMUN kelemahan terbesar sistem ini ialah tiada prinsip semak & imbang (check & balance)
apabila sistem ini digabungkan dengan cita-cita peribadi sesetengah ahli yang ditambah dengan manipulasi sentimen agama, jawatan 'Guru Utama' tersebut dengan sangat mudah bertukar menjadi sebuah alat kawalan minda (brainwash) yang membuatkan persatuan-persatuan ini kelihatan SANGAT cultish

jawatan kepimpinan tidak diberikan berdasarkan senioriti/merit atau sumbangan ilmu sebaliknya kepada sesiapa yang paling patuh (obey) & paling kurang memberontak; sesiapa yang mempunyai minda kritis atau mempersoalkan akan disisihkan - ini menjadi bukti kepada tindakan pembuangan ahli secara pukal (purge) & juga struktur cult tadi
mana-mana ahli yang menjadi 'yes-man' (bootlicker) atau mengiyakan apa sahaja keputusan & penceritaan 'GU' akan tinggi peluangnya untuk mendapat jawatan atau posisi didalam persatuan, ini saya dapat lihat ketika pengasas PSCSPSM masih hidup lagi - juga berbalik kepada masalah psikologi (superiority complex) pengasas PSCSPSM tersebut yang sentiasa memahukan para ahli untuk mengiyakan segala perbuatan atau fahaman beliau
apabila semua pimpinan bawahan hanya mengiyakan kata-kata 'GU' itu, persatuan akan kehilangan peluang untuk berkembang dengan idea-idea yang lebih progresif & kritikal, sekadar meneruskan legasi cult dengan olahan masing-masing

ketiadaan sistem mengundi secara praktikal didalam PSCSPSM adalah tanda BESAR bahawa wujudnya persatuan-persatuan ini hanyalah untuk memuaskan ego & memenuhi kehendak jawatan/posisi individu tertentu (termasuklah pengasas PSCSPSM itu sendiri)
PSCSPSM adalah sebuah persatuan yang menggunakan 'topeng' demokrasi (di luar) untuk ROS tetapi bergerak sebagai sebuah entiti cult (di dalam) demi kepentingan ego individu-individu tertentu



3.3 - sosiologi/sejarah & (hipokrasi) sindrom puak-puak serpihan

“bagi saya, silat Chekak tidak pernah berpecah; jika diumpamakan sepohon pokok .. pokok akan mengeluarkan dahan baru sebagai lumrah alam atau pun sunattullah.”
— [petikan (quote) wawancara pengasas PSCSPSM bersama majalah seni bela diri - edisi April 2015]

perpecahan ini ditapis dengan bahasa-bahasa kosmik yang menutupi realiti audit tadbir urus; manakala di sebalik tabir, kawalan kuasa digerakkan melalui penyingkiran senyap & dasar 'pintu tertutup' terhadap sesiapa sahaja yang berani membongkar kepincangan persatuan
pokok tidak pernah memecat atau menyenaraihitamkan dahan-dahan, pengasas PSCSPSM sendiri memilih untuk 'membekukan' atau menyingkirkan mana-mana ahli veteran atau pengikut awal yang mula mempertikaikan dasar pentadbiran atau kelemahan perlembagaan persatuan ketika beliau masih hidup
apabila ada suara-suara kritikal yang menuntut ketelusan atau membangkitkan soal ketiadaan pelan penggantian (contingency plan) - pendekatan yang diambil bukanlah di meja rundingan yang sihat & adil sebaliknya menggunakan sentimen kesetiaan mutlak & ancaman moral — memaksa para ahli memilih sama ada menjadi yes-man yang patuh tanpa soal atau disisihkan secara perlahan-lahan dari lingkaran kuasa
apa yang diucap di media — menjual naratif bahawa perpecahan adalah "sunnatullah" seperti dahan pokok yang tumbuh — sentiasa bercakap tentang perpaduan di depan tetapi realiti perbuatannya mendedahkan mekanisma kawalan yang autokratik (diktator)
pengasas PSCSPSM itu sendiri membina struktur di mana segala keputusan mutlak berada di tangannya seorang diri TANPA sistem undian yang telus, menjadikan persatuan itu sekadar cerminan kepada ego & psikologi (superiority complex) beliau
hujah "sunattullah" hanyalah 'penutup mata' untuk menyembunyikan hakikat bahawa persatuan ini dibina di atas dasar penolakan individu (Saithu Maideen) & dendam politik terhadap persatuan induk (PSSCM) dahulu
PSCSPSM diuruskan dengan DNA kawalan psikologi yang sama - ini bukan ekologi malar hijau tetapi high-control fracture (retakan dikawal rapi) yang merekah di dalam sistem saraf masyarakat, di mana pengasas PSCSPSM itu sendiri memastikan tiada siapa pun di sekelilingnya mempunyai kuasa atau ruang untuk mencabar takhta kepimpinannya sehingga akhir hayat beliau (2022)


apa yang dapat saya rumuskan (hasil pemerhatian bertahun-tahun & sebagai seorang yang pernah membesar dikelilingi individu-individu bermasalah ini) menunjukkan bahawa lahirnya Silat Chekak Silat Papan Sekeping pada tahun 2012 juga hanyalah hasil corak mentaliti kuno tradisi lama tadi, yang seterusnya juga akan menghasilkan rantaian perpecahan yang TIADA kesudahannya
juga pada fahaman saya, beliau menubuhkan PSCSPSM atas kekecewaan beliau tidak mendapat posisi/jawatan & GAGAL meraih sokongan ahli-ahli PSSCM ketika isu Saithu Maideen menjadi 'GU' masih hangat dibincangkan di blog-blog/media sosial sekitar tahun 2009-2012
> rujuk bahagian 2.2 - Cekak Pendusta

apabila seorang individu merasakan dirinya sudah senior & mempunyai pengikut-pengikut tegar atau berasa lebih layak daripada barisan kepimpinan sedia ada tetapi disisihkan atau kalah dalam perebutan pengaruh dalaman; individu tersebut mempunyai dua pilihan iaitu kekal menjadi pengikut atau 'keluar' membina 'jenama' sendiri
dengan adanya sokongan dari sebilangan kecil pengikut (puak serpihan - 86) yang mula dibina sekitar tahun (lewat 90an-awal 2000) membuatkan beliau memilih untuk membina jenama sendiri (PSCSPSM) pada tahun 2012

sebahagian besar (puak serpihan - 86) pengikut awal PSCSPSM ini adalah bekas ahli PSSCM yang tidak bersetuju dengan tuntutan Md Radzi & manipulasi Saithu Maideen
ironinya adalah sebilangan ahli-ahli lama PSCSPSM ini pun tidaklah 100% setuju dengan visi atau pembawakan pengasasnya namun memilih PSCSPSM kerana beliau merupakan alternatif 'jalan keluar' paling pragmatik (praktikal) pada tahun 2012 untuk membina penolakan rasmi kepada administrasi Saithu Maideen (PSSCM)
mengikut PSCSPSM dianggap sebagai 'a lesser evil' kepada sesetengah ahli lama

pada fahaman saya, setiap pecahan hanya untuk kepentingan peribadi 'GU' terbabit; bezanya hanyalah pada olahan atau pembawakan perguruan 'GU' tersebut (penceritaan kehidupan & naratif agama mengikut olahan masing-masing)


istilah "Chekak Papan Sekeping" sebenarnya diambil dari tagline alternatif Silat Cekak asal yang merujuk kepada kaedah 'berdiri lurus & mempertahankan diri'
gelaran lama ini digunakan semula sebagai gelaran baharu PSCSPSM pada tahun 2012 untuk menyakinkan ahli bahawa kononnya mereka membawa 'aliran lama yang lebih tulen' hakikatnya ia adalah sebuah naratif baharu


pengasas & sebahagian besar ahli lama PSCSPSM yang dulu mempromosikan naratif 'Cekak Pendusta' menuduh pengurusan tertinggi PSSCM sebagai tidak telus/diktator & tidak memihak kepada 'kebenaran'
NAMUN apabila puak serpihan - 86 ini membina struktur sendiri, mereka mencipta semula struktur yang mirip sama; ironik
ini saya rumuskan sebagai "menyerang kultus lama untuk menjadi kultus baru"


platform propaganda seperti 'Cekak Pendusta' dibina berasaskan tenaga yang SANGAT negatif iaitu serangan peribadi & pendedahan dokumen yang tidak pasti kesahihannya
struktur yang dibina di atas asas yang sangat negatif & toksik ini MUSTAHIL akan dapat melahirkan sebuah persatuan yang sihat

apabila segelintir ahli sedar bahawa platform tersebut hanyalah sekadar alat 'batu lonjakan' (stepping stone) bagi segelintir individu untuk memuaskan ego mereka, sokongan itu mula runtuh
akhirnya, satu-satunya cara untuk mengekalkan sisa pengikut yang ada adalah dengan 'mengurung' mereka secara psikologi iaitu dengan menanam rasa serba salah (guilt trip) melarang ahli-ahli untuk bercampur dengan ahli persatuan lain & mewujudkan doktrin 'kita lawan mereka' (tribalism) - inilah taktik lapuk tapi sentiasa berulang ..

apabila cita-cita politik sesetengah individu ini tewas di meja rundingan institusi yang sah, mereka akan (burn bridges) 'membakar' hubungan sedia ada sesama ahli/memanipulasi sentimen sejarah & membina koloni kecil di mana mereka boleh menjadi 'raja' tanpa dipersoal - ini juga merupakan bukti kepada masalah psikologi (superiority complex) tadi


perpecahan Chekak Papan Sekeping juga menunjukkan bahawa selain daripada masalah psikologi pemimpin, mentaliti para ahli yang majoritinya mengikut tanpa persoalan & kepercayaan membuta-tuli terhadap figura tunggal 'GU' ini menjadi tapak atau asas yang sangatlah rapuh
dengan (tapak) asas yang rapuh, kecenderungan untuk persatuan itu gagal atau berpecah lagi amatlah tinggi; apabila sesebuah persatuan dibina bukan atas dasar falsafah yang murni (genuine) tetapi atas dasar dendam/kemarahan politik & penolakan individu tertentu, struktur tersebut lambat-laun akan runtuh akibat mekanismenya sendiri (doomed to fail)

sikap mengutuk individu terdahulu menggunakan platform (blog) Cekak Pendusta hanyalah justifikasi politik untuk 'menghalalkan' tindakan mereka sendiri
apabila kepentingan mereka 'diganggu' semula setelah meninggalnya pengasas PSCSPSM pada tahun 2022, para ahli (terutamanya ahli-ahli lama - puak serpihan 86) menggunakan skrip yang sama

puak serpihan - 86 ini melalui sejarah tetapi TIDAK belajar dari apa yang dilalui; hanya mahu menang, memuaskan ego & psikologi kompleks masing-masing


ada beberapa sebab atau faktor mengapa golongan ini 'terperangkap' didalam mentaliti lapuk yang langsung tidak relevan dengan dunia hari ini:


a. sindrom 'zaman keemasan' (anachronism)
: masih hidup di abad21 tetapi minda terperangkap di era 70an/80an, menganggap persatuan silat seperti 'kerajaan feudal' kecil


b. tiada kemahiran dunia sebenar, hanya 'pengaruh' dalam berpersatuan
: kedudukan dalam persatuan adalah satu-satunya tempat untuk merasa penting/berkuasa, takut kehilangan kuasa domestik (power vacuum)


c. ketakutan pada mentaliti generasi baharu
: takut kepada anak muda/ahli berpendidikan yang berfikiran terbuka atau kritikal, lalu menggunakan alasan 'adab' 'derhaka' atau 'sumpah setia' sebagai mekanisme pertahanan (defense mechanism)


d. kitaran munafik (hypocrisy loop)
: puak serpihan - 86 yang dahulunya mengutuk Saithu Maideen secara agresif akhirnya melakukan perkara yang serupa di dalam PSCSPSM


kifarah atau karma kepada (puak serpihan - 86) PSCSPSM ini adalah mereka yang sedikit ahlinya juga berpecah; mengutuk persatuan induk (PSSCM) dahulu tetapi mengulangi struktur kuno yang sama










- dari bekas ahli PSCSPSM pengambilan pertama (2012) yang mengenali 86
: penulisan adalah untuk berkongsi & memberi sudut pandang (POV-point of view) tentang doktrin berbaur kultus (cult) khususnya dalam masyarakat melayu & negara Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

pengasas (PSCSPSM)

anatomi penipuan kendiri