pengasas (PSCSPSM)

Assalamualaikum & salam sejahtera





dekonstruksi peribadi pengasas PSCSPSM — empayar ego/retorik agama & legasi kultus peribadi
: draf ini diasingkan KHUSUS untuk mendedahkan (character deconstruction) pengasas PSCSPSM; fokus utamanya bukan lagi pada kelemahan persatuan secara umum tetapi kepada tindakan/psikologi & hipokrasi peribadi pengasas itu sendiri yang menjadi PUNCA UTAMA krisis rantaian perpecahan PSCSPSM (2022)



pengasas PSCSPSM itu sering melabelkan diri sebagai kononnya 'penyelamat' 'pejuang kebenaran' atau 'mangsa zulum' (kezaliman) sistem induk (PSSCM), NAMUN terdapat KONTRADIKSI yang TERLALU nyata & jelas antara retorik dakwah/agama yang sering dilaungkan beliau dengan tindakan autokratik di belakang tabir (behind the scene)



1. penubuhan PSCSPSM (2012): dari kekecewaan peribadi ke papan permainan ego

1. (1) bukan perjuangan suci, tetapi dendam politik
: penubuhan Silat Chekak Silat Papan Sekeping (PSCSPSM) pada tahun 2012 tidak lahir daripada kesedaran reformasi yang murni, ia sebenarnya adalah manifestasi kecederaan ego peribadi pengasas akibat tersingkir/tidak mendapat posisi & GAGAL meraih sokongan majoriti semasa kemelut dalaman PSSCM (terutamanya sekitar isu Saithu Maideen antara 2009 hingga 2013)

1. (2) tiket "menentang zalim" sebagai kenderaan (stepping stone)
: pengasas PSCSPSM menggunakan naratif "menentang kezaliman pemimpin induk (PSSCM)" & menggunakan platform blog propaganda (Cekak Pendusta) sebagai batu lonjakan; beliau membina imej kononnya dirinya adalah pejuang kebenaran & mangsa kezaliman sedangkan matlamat sebenarnya adalah untuk mencari tapak baru di mana beliau boleh menjadi 'raja' mutlak tanpa perlu berkongsi kuasa dengan sesiapa

1. (3) menukar topeng, mengekalkan diktat
: pengasas mengecam kepimpinan PSSCM sebagai diktator & tidak telus; namun ironinya, sebaik sahaja beliau berjaya mengumpulkan sebilangan pengikut di bawah panji PSCSPSM - beliau sendiri menjelma menjadi seorang diktator kecil yang mengamalkan corak pentadbiran autokratik yang serupa malah dalam skala yang LEBIH tertutup



2. kegagalan moral yang ketara: retorik agama vs wasiat yang SENGAJA dikosongkan

2. (1) gagal mengotakan apa yang dikotbahkan
: sebagai individu yang berlatarbelakangkan pendidikan agama & kerap menggunakan penceritaan Islam/hukum serta amanah dalam ceramah-ceramahnya, pengasas PSCSPSM ini sepatutnya menjadi orang paling awal mengutamakan kejelasan dokumen peralihan kuasa

2. (2) alasan "tidak sempat" adalah alasan paling lemah
: kematian beliau pada tahun 2022 tanpa sebarang wasiat (hitam-putih) atau pelan kontingensi (contingency plan) yang sah bukanlah satu "kebetulan ajal mendadak" yang dimaafkan; ia adalah CERMINAN SIKAP seorang pemimpin yang SENGAJA MENGELAK daripada membincangkan penggantian kerana terlalu taksub dengan kuasanya sendiri, beliau mahu memastikan selagi nyawa di kandung badan, TIADA SIAPA boleh menyaingi kedudukannya atau bersiap sedia untuk mengambil alih

2. (3) mengabaikan tanggungjawab kepada para pengikut
: sikap enggan meninggalkan wasiat bertulis membuktikan bahawa beliau sanggup membiarkan pengikut & warisnya berpecah-belah/bertikam lidah & berperang sesama sendiri selepas kematiannya; baginya, kelangsungan kuasanya ketika beliau masih hidup JAUH lebih penting daripada keharmonian para ahli yang dipimpin



3. kompleks superioriti (superiority complex) & budaya 'yes-man'

3. (1) dunia mutlak tanpa teguran
: pengasas hidup dalam ilusi kompleks superioriti di mana beliau percaya pandangannya sahaja yang paling benar: di dalam dunianya, tidak ada ruang untuk perbezaan pendapat
sesiapa yang berani menegur atau membawa pandangan bernas yang berbeza akan serta-merta dicap sebagai "menderhaka kepada guru" "rosak adab" atau "memecahbelahkan jemaah"

3. (2) melahirkan budaya pengampu (bootlickers)
: kerana egonya yang tinggi memahukan pengesahan (validation) yang berterusan, pengasas PSCSPSM ini secara sengaja memupuk persekitaran yang hanya dipenuhi oleh para pengikut jenis yes-man; beliau akan menyisihkan/meminggirkan & melabelkan mana-mana ahli yang mempunyai minda kritis/celik undang-undang atau berani bersuara menuntut ketelusan sebagai 'derhaka' atau 'tidak bersyukur'

3. (3) alat kawalan minda berkedok adab
: konsep "adab berguru" dan "taat setia" dimanipulasi secara melampau, adab yang asalnya bertujuan untuk mendidik akhlak diubah fungsi menjadi alat kawalan psikologi (brainwash) untuk memastikan pengikut tidak pernah berani mempertikaikan apa sahaja keputusan atau tindakan peribadi pengasas



4. warisan: dari persilatan kepada kultus peribadi

4. (1) kifarah sebuah empayar ego
: apa yang ditinggalkan oleh pengasas PSCSPSM selepas kematiannya pada 2022 bukanlah sebuah institusi persilatan yang kukuh/moden & berdaya saing melainkan hanyalah sebuah kultus peribadi yang SANGAT rapuh

4. (2) runtuh melalui mekanismenya sendiri
: sebaik sahaja jasadnya terkubur, empayar yang dibina atas asas dendam politik/ketiadaan sistem undi yang adil & telus; ego individu itu runtuh berkecai dari dalam
kumpulan tersebut mula berpecah kepada serpihan-serpihan yang lebih kecil akibat perebutan kuasa yang sama – membuktikan HUKUM ALAM SOSIOLOGI bahawa apa yang dibina di atas asas ketidakjujuran & ego PASTI akan binasa oleh mekanismenya sendiri.

4. (3) warisan perpecahan bersiri (generational curse of splinter groups/factions)
: ironinya, PSCSPSM kini mewariskan satu 'penyakit keturunan' berpersatuan iaitu rantaian perpecahan bersiri; generasi pengikut baharu terperangkap dalam dilema yang sama - memilih sama ada menjadi 'pak turut' atau 'yes man' kepada pemimpin baharu yang tidak layak atau disingkirkan secara kejam
akibat terlalu taksub mengawal kedudukan, seni silat itu sendiri dirosakkan oleh birokrasi dalaman - tenaga/masa & kewangan persatuan dihabiskan bukan untuk memajukan seni mempertahankan diri di persada moden sebaliknya 'dicurahkan' untuk perang saraf/memfitnah sesama sendiri & mempertahankan takhta puak masing-masing, ilmu yang diwariskan akhirnya kehilangan 'berkat' kerana dicemari oleh niat takabbur & taksub kepada individu
pengasas gagal meninggalkan warisan kestabilan sebaliknya mewariskan medan 'perang warisan ego' yang tidak berkesudahan.





penamat konflik rantaian PSCSPSM sekitar tahun 2023 meninggalkan satu pengajaran besar yang gagal diterima oleh para taksub: sebuah persatuan yang sihat TIDAK boleh bergantung kepada kekebalan atau 'kekeramatan' individu; apabila sesebuah persatuan ditadbir seperti syarikat keluarga atau hakmilik peribadi, kematian ketuanya adalah titik mula kehancurannya
kultus peribadi hanya akan meninggalkan kenangan yang memalukan di dalam lipatan sejarah

pengasas PSCSPSM menghabiskan usianya menuding jari kepada kelemahan individu lain (Saithu Maideen) sambil mendabik dada kononnya membawa 'panji kebenaran' - namun, sejarah mencatatkan kebenaran yang paling terdedah iaitu beliau adalah mangsa kepada egonya sendiri - seorang pemimpin yang MENGKHIANATI amanah perundangan & moral dengan sengaja meninggalkan kekosongan kuasa demi memastikan namanya terus 'diagungkan' walaupun jasadnya telah terkubur di bumi.










- dari individu yang mengenali pengasas PSCSPSM secara peribadi sebelum tertubuhnya PSCSPSM (2012)
 

Comments

Popular posts from this blog

Cekak & Chekak

anatomi penipuan kendiri