anatomi penipuan kendiri
manusia secara semula jadi cenderung untuk memuja karisma
pada pandangan permukaannya (surface level) sifat dominan/ketegasan & gaya kepimpinan mutlak seorang pengasas atau pemimpin sering kali disalah tafsir sebagai 'ketegasan seorang guru sejati'
namun, alasan sebegitu terlalu rapuh untuk dijadikan asas bagi memuja atau mengikuti seseorang secara membuta tuli; apatah lagi untuk mempertahankan persatuan yang terang-terangan mengamalkan struktur kepimpinan yang toksik
dari sudut pandang (POV-point of view) sosiologi, tindakan pengasas PSCSPSM yang sering kali melepaskan emosi (emotional dumping) kepada keluarga dekat (anak-anak) & mengabaikan hubungan dengan keluarga besar (tidak berjumpa langsung keluarga kandung setelah kematian bapanya - Pak Hussin)
ini adalah tanda klasik seorang individu yang mempunyai masalah psikologi (superiority complex & narcissism)
seorang narsistik memerlukan persekitaran dimana beliau sentiasa 'disembah' & TIDAK boleh dipertikaikan
a. keperluan kepada pengesahan mutlak (absolute validation)
: di dalam PSCSPSM, beliau mendapat perkara ini; beliau 'dipuja' oleh para ahli & dianggap sebagai 'penyelamat' legasi Chekak yang sebenar, ibarat 'Tuhan' kecil didalam ekosistem tersebut
namun didalam keluarga beliau yang sebenar, sumpah kesetiaan kepada 'GU' tidak laku kepada adik-beradik & saudara mara; dimata keluarga kandung, beliau hanyalah abang/adik atau pakcik; mereka tahu kelemahan & sejarah zaman muda beliau & TIDAK akan 'menyembah' beliau seperti mana para ahli PSCSPSM
ini membuatkan beliau mengambil keputusan untuk tidak bertemu langsung dengan adik beradik kandung demi menjaga ego beliau yang tersangatlah rapuh
b. mengulangi kitaran trauma silam (intergenerational trauma)
: seringkali, seorang bapa yang melepaskan emosi tanpa sebab yang kukuh adalah kerana beliau sendiri TIDAK menguruskan isu komplikasi psikologi dengan bapanya sendiri dahulu
apabila bapanya (Pak Hussin) meninggal dunia, sauh emosi yang 'memegang' beliau telah tiada - ketakutan/rasa tidak cukup baik & dendam lama yang terpendam tercetus keluar tanpa disedari; kerana beliau seorang yang TIDAK matang emosinya, beliau tidak tahu memproses kesedihan & trauma tadi secara sihat lalu dilepaskan kepada keluarga yang dekat
c. mengabaikan keluarga demi 'berhala' persatuan
: bagi seorang ketua cult, PSCSPSM adalah tanda 'kejayaan' & 'penyuap' ego beliau dalam menentang Saithu Maideen
beliau mengabaikan keluarga kandung kerana keluarga kandung memerlukan TANGGUNGJAWAB harian yang nyata/pengorbanan emosi yang MATANG & ketelusan, semua perkara ini memerlukan tenaga mental yang beliau TIADA
adalah jauh lebih mudah pada beliau untuk 'melarikan diri' ke PSCSPSM & menggunakan platform tersebut untuk memenuhi kehendak ego & superioriti kompleks beliau
d. ketidakmatangan emosi yang ekstrem (emotional infantilism)
: tindakan mengutuk & mempersoalkan Saithu Maideen secara sangat agresif menggunakan blog Cekak Pendusta dahulu tetapi mengulangi perkara sama didalam PSCSPSM adalah penanda besar bahawa beliau TIDAK mempunyai kesedaran diri (lacking self-awareness)
individu-individu yang tidak matang tidak akan mampu nampak kesalahan pada diri sendiri, malah sentiasa memikirkan kononnya mereka adalah mangsa (victim mindset)
merasakan beliau berhak (entitled) untuk melakukan apa sahaja atas nama 'menyelamatkan' tradisi silat (niat menghalalkan cara)
pengasas PSCSPSM ini memilih untuk 'membina' dunia fantasi kultus kerana beliau terlalu LEMAH mentalnya & tiada kapasiti emosi untuk menghadap realiti kehidupan harian sebenar
dalam dinamik sesebuah persatuan yang bersifat cult, kewujudan individu kedua (pasangan) di sisi pemimpin utama tersebut selalunya memainkan peranan sebagai 'enabler' (pemberi laluan atau pelaras) yang MENGUKUHKAN lagi benteng HALUSINASI tersebut; mereka ini hidup dalam ekosistem tertutup di mana sebarang bentuk teguran luar ditapis rapat, memastikan si pemimpin tadi sentiasa merasakan dirinya 'suci' daripada sebarang kesilapan
⚬ sistem penapisan maklumat secara manipulasi (manipulated information/fabricated information)
: pasangan bertindak sebagai 'benteng' yang menapis sebarang maklumat/kritikan atau bantahan dari luar sebelum ia sampai kepada pemimpin utama, sebarang teguran rasional mengenai kesalahan tadbir urus (seperti isu perlembagaan ROS atau aduan ahli) selalunya akan ditafsirkan oleh pasangan sebagai "serangan jahat" atau "hasad dengki"; tindakan ini SENGAJA dilakukan untuk memastikan fikiran pemimpin sentiasa terasing daripada realiti sebenar & KEKAL beranggapan bahawa seluruh keputusan pentadbirannya adalah 'suci' daripada sebarang kesilapan
⚬ pengukuhan gelembung halusinasi (validating the illusion of a narcissistic)
: seorang pemimpin cult memerlukan dorongan ego secara berterusan, pasangan memainkan peranan aktif memberikan pengesahan (validation) emosi bahawa pengasas memang seorang 'pejuang kebenaran' atau 'mangsa kezaliman' PSSCM; menerusi interaksi harian, pasangan mengukuhkan naratif bahawa kelompok luar & keluarga kandung yang menolak mereka adalah pihak yang "rosak adab" manakala mereka berdua berada di pihak yang benar
ini mewujudkan ekosistem folie à deux (kandungan ilusi yang dikongsi bersama) membolehkan 'pemimpin' tersebut terus berfantasi tanpa rasa bersalah
⚬ penguatkuasaan kawalan sosial & logistik (operational enabler)
: pasangan kerap mengambil peranan sebagai penguatkuasa norma dalaman (internal) - beliau memastikan ahli-ahli biasa & pimpinan jawatankuasa sentiasa berada dalam batas "ketaatan mutlak", pasangan ini menjadi saluran yang menyebar/memberi dorongan atau mengabsahkan (mengiyakan) tindakan drastik pengasas termasuk menyokong tindakan memulaukan sebahagian ahli-ahli yang berfikiran kritis
TANPA peranan pelaras (enabler) ini, arahan autokratik pengasas sukar untuk diterjemahkan kepada tindakan operasi di peringkat dalaman
⚬ pilihan mengaburkan realiti demi kepentingan peribadi
: dalam struktur ini, pasangan turut menikmati status/keistimewaan & rasa berkuasa (reflected authority) sebagai 'pasangan Guru Utama' - bagi mengekalkan kedudukan sosial yang selesa dalam ekosistem PSCSPSM tersebut, pasangan pengasas itu RELA 'memejamkan mata' terhadap kepincangan perundangan/kekejaman tindakan-tindakan & pengabaian keluarga kandung yang dilakukan oleh pengasas
enabler bukan sekadar pemerhati pasif; pasangan juga adalah komponen utama yang membolehkan pengasas PSCSPSM hidup didalam alam fantasi & penipuan kendiri secara berterusan TANPA perlu mendepani realiti sivil mahupun keinsafan emosi
*di dalam mana-mana ekosistem cult, individu yang membawa suara logik & akal sihat (common sense) tidak akan pernah dialu-alukan; mereka yang mempertikaikan status quo pasti akan dipandang sinis/dipinggirkan atau dilabel sebagai 'pemberontak' - kerana kewujudan pemikiran kritis ini adalah ancaman TERBESAR kepada kelompok yang selesa bergelumang dalam ketoksikan taksub tersebut
apabila seseorang melakukan sesuatu yang bercanggah dengan nilai moral yang mereka tahu betul, minda akan mengalami ketidakselesaan yang ketara
untuk meredakan rasa bersalah atau ketidakselesaan itu tanpa perlu mengubah perbuatan tersebut, individu tersebut selalunya menggunakan justifikasi (self-justification) atau rasionalisasi
mereka menipu diri sendiri terlebih dahulu dengan mencipta alasan seperti "orang lain buat dulu" atau "ini demi kebaikan" supaya individu-individu dengan mekanisme pertahanan diri yang toksik ini boleh tidur lena & meneruskan kehidupan seperti tiada apa yang berlaku
proses penipuan kendiri ini bukan sekadar berlaku sekali/dua tetapi diulang selama bertahun-tahun, apa yang asalnya hanyalah satu helah fikiran yang rapuh lama-kelamaan menjadi pola pemikiran automatik (default) yang kukuh & 'sebati'
- realiti yang terpesong (distorted reality)
: individu yang menipu diri sendiri selama berpuluh-puluh tahun akhirnya percaya pada pembohongan mereka sendiri, mereka HILANG keupayaan untuk melihat diri sendiri secara objektif, menyukarkan sebarang bentuk refleksi diri
- kecelaruan hubungan sosial
: individu-individu yang mempunyai karakter manipulatif tegar ini selalunya sukar mendekatkan diri dengan ahli keluarga atau masyarakat, kerana corak interaksi mereka sentiasa berpusat pada pertahanan ego & manipulasi semata-mata
- kepahitan & kekecewaan
: apabila dunia luar tidak mengikut skrip pembohongan yang dibina dalam akalnya itu, mereka cenderung menjadi individu yang (bitter) pahit/sinis & cepat menyalahkan orang lain atas kegagalan peribadinya sendiri
ringkasnya, kejujuran dalaman akan dapat dizahirkan kepada kejujuran dengan interaksi luar.
Comments
Post a Comment