Posts

kelemahan (loophole) Akta Pertubuhan 1966 - Akta 335

(CRITIQUE - case study) Akta 335: kritikan terhadap institusi pertubuhan (ROS) & kegagalan tadbir urus (NGO) pertubuhan sivil di Malaysia Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) & Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dirangka pada pertengahan abad ke-20 dengan keutamaan untuk mengawal keselamatan negara serta kawalan kawal selia (regulatory control) namun, dalam era tadbir urus moden; kerangka perundangan ini mendedahkan kegagalan sistemik yang amat ketara: ia berfungsi sebagai sistem birokrasi pasif yang GAGAL memberi perlindungan keadilan asas (natural justice) kepada ahli-ahli persatuan berdaftar sekali gus memberi 'lesen tidak rasmi' kepada kepimpinan autokratik untuk menyalahgunakan kuasa. penulisan ini membedah titik buta (blindspot) Akta 335 — menerusi imuniti Seksyen 18C, pendekatan semakan birokrasi yang cetek (form-based regulation) & ketiadaan tribunal sivil berkecuali bagi membuktikan kelemahan institusi ROS ini secara praktikal penulisan ini menggunaka...

seni persilatan tradisional kepada generasi seterusnya

topeng demokrasi — di mana perlembagaan didaftarkan secara sah di bawah ROS hanya untuk memenuhi syarat birokrasi tetapi realiti pengamalannya kekal sebagai autokrasi mutlak; itu merupakan titik nadi kepada masalah berulang ini apabila institusi persatuan bertukar fungsi daripada medan pelestarian seni kepada alat pemuas ego figura tunggal: kitaran perpecahan/penyingkiran ahli secara pukal & penubuhan entiti serpihan menjadi satu akibat yang pasti (doomed to fail) pihak yang dulunya melaungkan reformasi & keadilan menentang ketidaktelusan induk (PSSCM), akhirnya membina kerangka penindasan & kawalan psikologi yang sama demi mempertahankan kuasa domestik didalam persatuan serpihan baharu mereka A. kesan kepada generasi ketiga & seterusnya ketidakpedulian pada sejarah & hakisan legasi krisis kepimpinan PSCSPSM pada tahun 2022 tidak sekadar memberi kesan kepada barisan veteran, malah merantai masa depan generasi ketiga iaitu golongan remaja terkini/mahasiswa & maha...

anatomi penipuan kendiri

manusia secara semula jadi cenderung untuk memuja karisma pada pandangan permukaannya (surface level) sifat dominan/ketegasan & gaya kepimpinan mutlak seorang pengasas atau pemimpin sering kali disalah tafsir sebagai 'ketegasan seorang guru sejati' namun, alasan sebegitu terlalu rapuh untuk dijadikan asas bagi memuja atau mengikuti seseorang secara membuta tuli; apatah lagi untuk mempertahankan persatuan yang terang-terangan mengamalkan struktur kepimpinan yang toksik dari sudut pandang (POV-point of view) sosiologi, tindakan pengasas PSCSPSM yang sering kali melepaskan emosi (emotional dumping) kepada keluarga dekat (anak-anak) & mengabaikan hubungan dengan keluarga besar (tidak berjumpa langsung keluarga kandung setelah kematian bapanya - Pak Hussin) ini adalah tanda klasik seorang individu yang mempunyai masalah psikologi (superiority complex & narcissism) seorang narsistik memerlukan persekitaran dimana beliau sentiasa 'disembah' & TIDAK boleh dipert...

pengasas (PSCSPSM)

Assalamualaikum & salam sejahtera dekonstruksi peribadi pengasas PSCSPSM — empayar ego/retorik agama & legasi kultus peribadi : draf ini diasingkan KHUSUS untuk mendedahkan (character deconstruction) pengasas PSCSPSM; fokus utamanya bukan lagi pada kelemahan persatuan secara umum tetapi kepada tindakan/psikologi & hipokrasi peribadi pengasas itu sendiri yang menjadi PUNCA UTAMA krisis rantaian perpecahan PSCSPSM (2022) pengasas PSCSPSM itu sering melabelkan diri sebagai kononnya 'penyelamat' 'pejuang kebenaran' atau 'mangsa zulum' (kezaliman) sistem induk (PSSCM), NAMUN terdapat KONTRADIKSI yang TERLALU nyata & jelas antara retorik dakwah/agama yang sering dilaungkan beliau dengan tindakan autokratik di belakang tabir (behind the scene) 1. penubuhan PSCSPSM (2012): dari kekecewaan peribadi ke papan permainan ego 1. (1) bukan perjuangan suci, tetapi dendam politik : penubuhan Silat Chekak Silat Papan Sekeping (PSCSPSM) pada tahun 2012 tidak lahir ...

Cekak & Chekak

Assalamualaikum & salam sejahtera 1. kepimpinan Cekak: pertembungan tradisi & realiti moden dalam sejarah & tradisi silat Cekak, dakwaan bahawa seorang Guru Utama wajib kelahiran Kedah adalah tafsiran yang lazim dikaitkan dengan wasiat asal (amanah) persilatan ini namun dalam realiti pergerakan moden, kelayakan untuk posisi 'GU' tidak lagi terhad secara mutlak kepada geografi kelahiran pada tahun awal 2000, beberapa individu pernah menggunakan blog-blog (ketika internet masih baru diperkenalkan & media sosial masih belum wujud) membangkitkan isu (geografi kelahiran Guru Utama silat Cekak WAJIB seorang yang kelahirannya Kedah) blog-blog tersebut secara kritikal mempersoalkan legitimasi waris kepimpinan terutamanya selepas berlaku perpecahan persatuan silat Cekak (1986) juga sekali lagi berlaku isu yang serupa ketika meninggalnya almarhum Ishak Itam (Pak Ak) pada tahun 2012 blog yang paling agresif ketika itu adalah Cekak Pendusta mempersoalkan legitimasi Saithu M...